Thursday, December 31, 2009
4x4 2
4x4 1
Friday, December 4, 2009
KONVOI KE PHUKET THAILANDS
Selamat datang ke Phuket Thailands."Sawade Kap."
Konvoi bertolak dari P.Pinang pada jam 5.00 pagi.Kami berkumpul depan Tesco sebelum naik ke Jambatan P.Pinang.Setelah semua nya berkumpul kami mengaminkan doa yang dibacakan olih sdr Khalid. Peserta konvoi terdiri :-
LAN BRINCHANG-HONDA TRANSALP 600cc
SHAH FRU (IRON MAN)-HONDA AFRICA TWIN 750cc
USTAT RADZI - KAWASAKI KLE 500cc
USTAT NIZAM - KAWASAKI TENGAI 650cc
ABANG MIE - HONDA TRANSALP 600Ccc
ANDAK(DARI RAWANG) -APRILIA PEGASO II
KHALID BELANDA (KETUA KONVOI)KAWASAKI VOYOGER 1200cc
BERSAMA MAMI.
Kami meneruskan perjalanan dan singgah diperhentian Gurun untuk sembahyang subuh.Selesai solat kami meneruskan perjalaanan ke Arau Perlis. 

kami sempat berhenti dan menikmati pemandanag yang indah dari atas gunung sebelum sampai kesempadan Wang Klian-Satun Thailands.
Pemandangan dari atas gunung




Kami meneruskan perjalanan dan sampai ke sempadan dan berhenti untuk pengurusan passport dan kenderaan untuk ke Thailands.Jangan lupa geran motor.kalau tak ada tak masuk le.Lepas tu kami sarapan pagi disana


Dihadapan pintu masuk ke Thailands.Kami meneruskan perjalanan .Cuaca tak berapa baik.mendong nak hujan.Kami redah je.Dalam perjalanan hujan turun.kami terpaksa juga meneruskan perjalanan hingga ke Krabi.Konvoi berhenti rehat dan isi minyak.Dalam perjalanan motosikal Nizam mengalami masaalah spoket.Nasib baik ada kedai biasa ditepi jalan yang jual spoket.harga RM.7.00.Murah je



Sampai di Phang-Nga motosikal saya mengalami masaalah.Tak bolih bawa laju.Pres pedal minyak macam nak mati dan menyentap.Kena bawa slow la.Member yang lain suruh saya pi dulu.saya telah melepasi jambatan yang menghubungkan tanah besar ke Pulau Phuket saya dapati member member yang tadi dah tak ada.Nak patah balik jalan one way.Hati mula risau manalah tahu member yang lain ikut jalan lain.saya pun berhenti ditepi jalan dekat airport.Nak telipon tak dapat.L/Kurang setengan jam saya tunggu baru la nampak mereka sampai.Lega rasanya.Rupa nya mereka berhenti ambil gambar diatas jambatan menghubungkan tanah besar ke Phuket.kami sampai ke Phuket Town l/kurang jam 9.00 malam.makan nasi kat kedai makan Islam.Susah rupanya nak cari kedai orang Islam.kalau ada pun papan tanda lambang bulan-bintang nya kecil saja.kami tidor di Hotel.malam keluar lagi.Pergi pasar malam.naik motor 3 orang.yang depan saja pakai topi.
Hari kedua kami pergi ronda ronda dibandar Phuket.Sarapan pagi makan nasi depan pasar.Bolih tahan juga harga.Mungkin kami orang luar kut dia cas mahal.
kami sempat juga singgah dikedai motor berkuasa besar di Phuket.

Dan berehat ditepi pantai Rawai Beach.Dimana tempat ini lah tragedi Stunami yang melanda Pulau Phuket.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Kata Beach.Tempat yang cantik.Minum air kelapa.dan meneruskan perjalan ke Karon Beach dan Patong Beach.Sempat juga ambil gambar.







Konvoi meneruskan perjalan ke Patong Beach dan Kamala Beach.jalannya juga beselekoh.cantik.Aku sempat ambik gambar member member yang lain dari atas motor.tapi gambar aku tak ade le.







kami berhenti rehat ditepi jalan.Tengok gajah.Jinak sangat.tapi kalu kena pijak almaklumla.bagi makan tebu.Dan tak lupa juga ambil gambar.



Konvoi sampai di Patong Beach.Cantik tempatnya.Orang ramai.Terutama pelancong dari luar negara.mat salih dan Minah Salih.


Singgah sekejap diMesjid untuk sembanhyang.
kami meneruskan perjalan ke Patong Beach dan kamala Beach.








kami bercadang nak tidor kat Patong Beach.Tapi semua bilik dah penuh.kami berjalan jalan ditepi pantai.Orang ramai.macam macam ada..........


Perjalanan balik keHotel kami isi minyak.ramainya orang isi minyak Dah la minyak mahal.Kena isi juga la.tak kan nak isi dengan air laut kot.


Mat salih ni tanya.Macamana konvoi.kami kata ok.Dia ni dari German.dia datang sini pun naik motor besar juga.Sampai kat sini cuba pula motor kecil.Senang nak jalan.


malam kedua kami pi jalan jalan lagi kat Phuket Town.Saja ambil angin malam.kalau nak jalan kaki penat.Kena la naik motor baru bolih pi jauh sikit.

Tempat hotel kami menginap.
Ditempat inilah aku telah terpisah dengan kawan kawan semasa pi hari tu.Rupa nya mereka berhenti ambil gambar.Masa pi dulu ikut jalan atas.dan sekarang kami balik ikut jalan bawah
hai isi minyak lagi.Apa yang dibualkan tu Ustat.faham ke dia.yangkita tahu cakap "Tham"maksudnya isi bagi penuh.

Konvoi meneruskan perjalan pada hari ketiga untuk balik.Kami ikut jalan Krabi-Trang-Hatyai-sadou- Danok dan keluar ke Bukit Kayu Hitam.Kami sempat juga singgah makan tengahari.Selepas makan kami meneruskan perjalanan.Masa nak balik kami terpaksa U Turn .Entah macamana Shah (Iron Man) motorsikalnya terbalik dan jatuh ditengah jalan.Nasib baik masa tu tak ada kereta.Shah pun tak cedera.Sampai di Sadou kami telah dapat telipon dari Group Buyau Biker Negeri Sembilan yang mana salah sebuah motorsikal mereka terlibat kemalangan.Abg Wan yang pakai kawasaki Versys 650cc.kami jumpa Group Buyau Biker abang Sham dan kawannya yang datang dari Negeri Sembilan naik kereta untuk melawat abg Wan.Katanya abgWan ada diHospital Hatyai. Dengar kata abg Sham ,abg Wan terlanggar sebuah motorsikal kapcai yang melintas.maklum la higway kat Thailand ada kawasan perkampongan.Sampai dipusat pemeriksaan Imigeresen Bukit kayu Hitam l/kurang 10.00 malam.kami meneruskan perjalanan dalam hujan balik ke Pulau Pinang.malam tu aku tidor dirumah ustat Radzi.Pagi esok baru aku balik ke Cameron Highlands.
Subscribe to:
Posts (Atom)
