
Pada pagi lagi saya menunggu kawan kawan dari P.Pinang dan Kuala Lumpur datang.Mereka ajak saya menunggang motor melalui jalan pintas dari Ringlet Cameron Highland ke Sg Koyan Raub Pahang.Jam 11.00 pagi mereka datang dari Simpang Pulau Ipoh.Sjn Din dari Bukit Aman pun dah tunggu mereka kat Simpang Pulai.Rombongan dari Pulau Pinang terdiri dari
1. ASP Rosli (KBPD SPS) -Honda ST 1300cc
2.C/Insp.Azman (P.O SPS)-BMW RT 1100
3. SJN.Nawi (Trafik SPS) -Honda Gold Wing 1800 cc
4. HJ Taki- Honda Gold Wing 1300cc
5. Khalid Belanda- BMW Funduro 650cc
6. Ustate Radzi- Kawasaki KLE 500cc
7. Ustate Nizam- Kawasaki Tengai 650cc
8. Abg Mie- Honda Transalp 600cc
9. SJN.Din (bukit Aman)- kawasaki Vulcan 800cc
10. SJN.Mohoni(Trafik T/laut)- Suzuki RF 600cc
Team dari cameron Highlands pun sudah siap tunggu.
1.Lan- Honda Transalp 600cc
2. Faizul(Otai)- kawasaki Zephyr 750cc
3. Bonggo- Housong RX125cc
Dari pagi lagi hujan.Semuanya dah sampai dan berkumpul untuk minum pagi di Food Court Brinchang.Sebelum bertolah keRinglet 3 buah telah menarik diri disebabkan ada urusan masing masing.
1.ASP Rosli
2.C/Insp Azman
3. SJN.Nawi
Selesai minum kami meneruskan perjalan ke Ringlet dan memasuki jalan yang baru dibina untuk menuju ke Sg Koyan.Pada masa tu jam l/kurang 1200 hrs.Kami melalui jalan yang baru dibuat.jalan tanah merah.sampai separuh jalan kami terpaksa patah balik sebab jalan yang kami nak lalu disekat olih tanah runtuh.jarak antara Lembah Bertam,Ringlet ke Pos orang asli (Pos Mention)anggaran 16 km saja.hanya jarak tu saja jalan yang belum siap.Kami terpaksa melalui jalan lama iaitu jalan menaiki bukit dan hutan.Disini kami telah bersetuju untuk meneruskan perjalanan.Saya nampak Sjn.Mohni menggelengkan kepala.saya tahu dia sayangkan motornya yang berkilat tu.Tapi disebabkab ajakan kawan kawan.dan beginilah jadinya :-

GOLD WING HJ TADI TERBALIK

PERJALAN YANG SUNGGOH MENYERONOKAN(LAN BRINCHANG)

AMBOI BERAT NYA MOTOR HJ TAKI NI


FAIZUL(OTAI)BERGAYA DENGAN ZEPHYR 750 NYA(KATAK HIJAU)

SJN MOHNI KATA LAIN KALI BOLIH BUAT LAGI

NIZAM BERSAMA TENGAINYA.(DIRAJA)

HAPPY...HAPPY...HAPPY.

KHALID BELANDA DENGAN GAYANYA.



HJ TAKI BERSAMA BMW FUNDURONYA



APA MACAM SJN.OK KE

PECAH NI.NAK KENA KELUAR DUIT PULAK.

REHAT SEKEJAP.KHALID,ABG MIE,USTATE RADZI.SJN.DIN

OK KE SJN DIN.SEDAP LA DUDUK DIATAS.ORANG LAIN TLH TOLAK.
BONGGO TU BUAT APA TU.TOLONH KE ATAU PEGANG JE.
HATI HATI SJN MOHNI.TOLAH BONGGO.TARIK LA OTAI

KHALID BELANDA MENGAMBIL ALIH TUGAS DARI HJ TAKI
SJN MOHNI BANTU USTATE RADZI
USTATE RADZI DIBANTU OLIH SJN MOHNI
Dari Ringlet jam 1200 hrs.Kami terpaksa menempuhi jalan jalan yang berlubang dan becak.banyak halangan yang kami tempohi.Gold Wing Hj Taki 5 kali terbalik.Hj taki menyerah diri dan tak mahu bawa gold Wing.Dan diambil alih oilih Khalid Belanda.Hj Taki bawa BMW Khalid.Motor saya,Ustate Radzi,Nizam,Abg Mie,Sjn.Mohni terbalik.Vulcan Sjn.Din tersangkut di longkang.Perjalan kami masa l/kurang 5 jam.Perut lapar.Bekalan tak dibawa.Kami harapkan dalam 1 jam sampai ke Sg koyan.tapi malang.......Sampai di Sg koyan jam 7.00 malam.kami makan malam dirumah kakak Khalid Belanda.Motorsikal kami semuanya kotor dan penuh lumpur.Pada malam tu juga motor kami basuh.Mujur la ada member(man Koyan) yang uruskan.Dia minta kawannya (car Wash) buka sekejap kedai untuk cuci motor.Lepas makan(man Koyan belanja)kami berlepas ke Gua Musang melalui jalan Kuala Lipis.Kami sampai Gua Musang jan 12.00 tengah malam.kami berpisah disana.saya,Otai dan Bonggo balik ke cameron Highlands.Yang lain nya mereka bertolak ke Kota Bharu Kelantan dan tidor disana.dan pagi esoknya mereka bertolak ke Pulau Pinang melalui jalan L/raya Timur Barat Jeli-Grik.dan juga Sjn Din pada malam tu juga terus balik ke K/Lumpur melalui Terengganu dan sampai ke K/Lumpur pada pagi esoknya.Ini lah perjalanan yang paling menyeronokan penuh dengan cabaran,tolong menolong,kesabaran.T/kasih.

No comments:
Post a Comment