



Aku bertolak pagi dari Cameron Highlands untuk menyertai konvoi Komunity Policing diketuai olih ketua polis Pulau Pinang Dato'Ayob Bin Yaakub.Semua peserta konvoi berkumpul dikawasan padang letak kereta diperkarangan IPK Pulau Pinang.Sampai disana aku tengok l/kurang 200 buah motosikal berkuasa tinggi termasuk juga motosikal pasukan.Honda ST 1300cc,Honda CBX 750,Honda VFR 850,Kawasaki KLX 250cc dan lain lain jenis lagi.Baanyak juga motorsikal awam berkuasa tinggi yang menyertai konvoi ini.Kami bertolak dari IPK ke Butterworth iaitu kerumaha anak anak yatim .Konvoi didahului oilh Dato'Ayob,diikuti Dato'Salleh Mat Rashid(Tim.Ketua Polis P.Pinang)dan pegawai pegai kanan polis.Konvoi melalui jambatan Pulau Pinang.Dalam konvoi tersebut sebuah motosikal ZX 250 telah jatuh kerana terlanggar lubang.Penunggangnya hanya mendapat cedera ringan saja.Sampai dirumah anak yatim kami disambut dengan meriahnya olih penghuni rumah tersebut.Penghuni rumah anak yatim juga dibawa menaiki motosikal berkuasa tinggi disekitar kawasan itu.Dato'Ayob juga tidak lepaskan peluang untuk menunggang motosikal lamanya HONDA TRANSALP 600 cc BDY 8081.Selesai majlis tersebut konvoi berlepas pula ke Seberang Prai Selataan (Nibong Tebal) untuk majlis disana.Kami makan tengahari di SPS.Majlis yang amat meriah sekali.Selesai majlis jam l/kurang 5.00 petang saya bertolah balik ke Cameron Highlands.

No comments:
Post a Comment